Encyclopaedia of Islam

Encyclopaedia of Islam (EI) (Ensiklopedia Islam) ialah sebuah ensiklopedia displin akademik pengajian Islam. Ia mempunyai rencana mengenai Muslim unggul setiap zaman dan tempat, mengenai suku kaum dan wangsa, mengenai kraf dan sains, mengenai politik dan institusi keagamaan, mengenai geografi, etnografi, flora dan fauna pelbagai negara dan mengenai sejarah, topografi dan monumen bandar utama. Dalam bidang geografi dan sejarah ia meliputi empayar Arab-Islam lama, negara Islam di Iran, Asia Tengah, sub-benua India dan Indonesia, Empayar Uthmaniyyah dan semua negara Islam lain.Ia adalah ensiklopedia mengenai dunia Islam, bukan ensiklopedia Muslim atau Islam. Topiknya kebanyakannya berkenaan zaman pra-moden, bagaimanapun ada juga yang kontemporari.Penyunting utamanya adalah Martijn Theodoor Houtsma (M. Th. Houtsma).